Selasa, 9 Mei 2017

TERJEMAHAN AL-QURAN



TERJEMAHAN AL-QURAN

Apabila membicarakan soal terjemahan dan penterjemahan, maka al-Quran sudah semestinya tidak terkecuali dalam soal ini. Namun persoalannya, adakah kitab suci yang bermukjizat ini boleh diterjemahkan sebagaimana buku-buku tulisan manusia ? 










Dalam hal ini, kita boleh merujuk perbahasan-perbahasan para ulama yang membincangkan soal perkara ini dalam karya-karya mereka. Antaranya ialah kitab Mabahis fi Ulum al-Quran tulisan Syeikh Manna' al-Qattan.

Bagi memahami konsep terjemahan yang melibatkan al-Quran, kita perlulah memahami konsep asas penterjemahan itu sendiri.
  • Proses penterjemahan melibatkan perpindahan bahasa daripada teks asal kepada bahasa sasaran. 
  • Selepas selesai proses penterjemahan, maka teks asal akan ditinggalkan dan hanya digunakan teks terjemahan.
Bagaimana pula dengan al-Quran ? Adakah teks asal al-Quran yang berbahasa Arab akan ditinggal setelah proses penterjemahan ?

JAWAPANNYA TIDAK !!!

Sebab ?
"Teks terjemahan tidak dikira sebagai al-Quran lagi."
Perlu juga untuk kita fahami bahawa :


  1. Al-Quran tidak boleh diterjemahkan secara terjemahan harfiyah.
  2. Al-Quran juga tidak boleh diterjemahkan ke dalam huruf Latin. 
PENDAPAT :

  1. HARAM : Melakukan penterjemahan bahasa terhadap al-Quran kerana akan menghilangkan kei'jazannya.
  2. HARUS : Terjemahan dalam bentuk tafsiriyyah apabila bertujuan untuk memudahkan orang yang bukan berbahasa Arab memahaminya. 
والله اعلم

SEMOGA BERMANFAAT ! :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan