Isnin, 24 April 2017


LARAS BAHASA  
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Pada kiriman kali ini, kami ingin berkongsi topik berkenaan laras bahasa.
Umumnya laras bahasa adalah cara penggunaan sesuatu bahasa bagi menyelaraskan bahasa antara pihak yang berkomunikasi. Menurut Nik Safiah Karim (1989:2), laras bahasa didefinisikan sebagai variasi bahasa yang dipilih daripada sekumpulan variasi daripada tiap-tiap penutur. Ini adalah salah satu konsep dan takrif berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik. Jenis-jenis  laras bahasa terbahagi kepada tiga iaitu:-

  LARAS BAHASA BIASA 

    •tidak melibatkan sebarang bidang ilmu dan konteks yang khusus
    •tiada istilah yang teknikal

    • struktur ayat mudah dan ringkas
           
LARAS BAHASA BIASA FORMAL

      •digunakan dalam majlis rasmi 
    
 LARAS BAHASa BIASA YANG TIDAK FORMAL 

        •menggunakan ciri-ciri bahasa basahan 

   

  Sebagai contoh:-
  • ·        Laras bahasa biasa

Ali : Ahmad ,dimanakah aminah berada sekarang ?
Ahmad: Dia berada di hospital.
  Laras bahasa biasa formal
Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti Husin dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.
  • ·        Laras bahasa tidak formal

Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal?
Penjual:Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekarang ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan tangkap sendiri, saya upah orang.


Tuntasnya, laras bahasa ini amat penting bagi menyampaikan kefahaman kepada pembaca melalui sesuatu teks yang diterjemahkan. Pembaca pastinya akan lebih menghayati dan memahami sekiranya, teks tersebut dinukilkan dengan gaya bahasa yang benar dan bersesuaian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan