Jumaat, 31 Mac 2017

Apa itu TERJEMAHAN dan PENTERJEMAHAN ?

Assalamualaikum pembaca dan para pencinta ilmu sekalian. Berdasarkan post sebelum ini iaitu 'Perlukah kita kepada penterjemahan?', jelas terbukti bahawa penterjemahan sangat penting dalam memahami teks yang ditulis dalam bahasa asing ataupun bahasa yang tidak kita fahami. Maka dari itu, kita sebagai pencinta dan penuntut ilmu sangatlah memerlukan kepada penterjemahan supaya mesej yang ingin disampaikan dalam teks dapat kita fahami dan dapat menyampaikannya kepada orang lain. 

Oleh itu...apakah maksud TERJEMAHAN? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan PENTERJEMAHAN ? 

Baiklah. Sila baca dengan teliti dan fahami apa tertulis di bawah ini. 

Terjemah ialah menterjemah iaitu memindahkan teks, karangan dll dari suatu bahasa kepada bahasa yang lain ATAU dalam erti kata lain ialah MENGALIHBAHASAKAN.

Terjemahan pula ialah HASIL daripada apa yang diterjemahkan.

Dan..

Penterjemahan membawa maksud PERIHAL menterjemahkan iaitu maksud perihal ialah kerja,usaha menterjemahkan.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan